Sabtu, 18 April 2009

" Festival Asean Culture & Games 2009 "

Gambar kenangan bersama Chef Refflesia Corner Chef Johari ( tiga dari kiri )


Jualan di gerai Rafflesia Corner


em.. nampak logo Chelsea :)



Persembahan daripada anak-anak Indonesia

" Festival Asean Culture & Games 2009 "

Pada 9/4/2009 yang lepas satu program besar telah di ada kan di Kaherah iaitu bertempat di kawasan perkampungan atau penginapan mahasiswa mahasiswi Malaysia "Arma". Program yang berjalan selama empat hari ini di panggil atau temanya "Festival Asean Culture And Games 2009". Banyak aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan pada Festival kali ini antaranya sukan, pertandingan Nasyid dan sebagainya, Juga mahasiswa/wi diberi peluang untuk membuka gerai -gerai dan menunjukkan bakat dalam berniaga.

Menyentuh tentang sambutan Festival ini, apa yang di lihat ramai Bakan-bakan telah menghantar wakil masing-masing tetapi rasanya sekadar peserta pertandingan dan sedikit penonton, ini mungkin kerana tarikh festival ini tidak berapa sesuai di adakan sebab melihat kepada tarikh peperiksaan yang semakin hampir. Tetapi lain pula sambutan Mahasiswa/wi di gerai-gerai yang di buka kelihatan setiap hari sesak dengan pengunjung mngkin kerana pengunjung-pengunjung ingin melihat suasana "Bazar" yang kebanyakan nya orang melayu dan jarang sekali di adakan serta mahu merasa makanan-makanan orang malaysia.

Pada malam penutup telah di adakan konsert malam penutup Festival, Banyak persembahan menarik telah dipersembahkan antaranya yang mendapat tepukan gemuruh kumpulan daripada indonesia, persembahan mereka seperti "Dikir Barat" tetapi menggunakan bahasa indonesia serta gaya persembahan yang sangat unik, juga persembahan yang mendapat tepukan gemuruh daripada kumpulan Nasyid indonesia iaitu "Dai'e Nada" kemantapan suara mereka, kelunakan serta alunan suara memang mengasyikkan :) . Persembahan-persembahan dari malaysia juga boleh di banggakan tetapi rasanya mungkin kurang sedikit, apa pun semoga program yang di jalankan semasa Festival tersebut diberkati dan dapat mengeratkan silaturrahim sesama mahasiswa/wi yang berada di bumi Mesir ini.

Wassalam..


Bersama dengan YDP Sabah, yang di belakang tu YDP Sarawak :)


Em... no comment :)


Gabungan mahasiswa Sabah & Sarawak semasa matahari sedang terbit di puncak "Jabal Musa" Sinai .