Rabu, 28 Oktober 2009

Kempen Pilihanraya BKPSM Bermula

hampir semua bakan2 negeri yang berada di bumi mesir ini sudah pun membuat pilihanraya & mengadakan masyuarat agung tahunan bagi memilih seterusnya menggantikan ajkt2 sesi yang lepas, Bakan sabah pula baru bermula kempenya dan penamaan calon telah pun dibuat seminggu sblum tarikh mengundi & masyuarat agung tahunan berjalan. Banyak muka2 baru yang telah di calon kan, tidak kurang juga muka2 lama yang bertanding semula.

Sedikit ulasan tentang suasana pilihanraya pada sesi ini, pilihanraya pada sesi ini sama
meriahnye seperti tahun2 sebelumnya, cuma mungkin para ahli kurang mengambil perhatian terhadap maklumat2 yang di berikan oleh SPR tentang tarik penamaan calon & sebagainya.

Berbanding tahun2 sebelumnya calon bagi ydp & calon DEMMAS mendapat pencalonan yang banyak tetapi pada tahun ini jawatan tersebut hanya ada satu pencalonan sahaja ini bermakan dua jawatan telah mendapat menang tanpa bertanding. Tetapi jawatan2 lain akan bertanding seperti biasa dengan calon2 yang bergaya, berbakat, berciri2 pemimpin & sebagainya.

Apa yang di harapkan semoga pilihanraya dalam BKPSM sesi ini berjalan dengan lancar
seterusnya mendapat satu ajkt baru yang mantap & berwibawa. Selamat mengundi buat ahli2 BKPSM semua & selamat berkerja buat ajkt2 yang baru nanti.










Selasa, 27 Oktober 2009

Safawati diharap jadi contoh lapan adiknya


GOMBAK 11 Okt. - Konvokesyen adalah antara hari paling istimewa buat ibu bapa dan ia biasanya disambut dalam suasana penuh ceria.

Namun bagi pasangan Rustamin Amak Jamilah, 54, dan Mailah Sarum, 42, dari Ranau, Sabah, hari konvokesyen anak sulung mereka, Safawati, 24, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilalui dengan linangan air mata.

Safawati yang memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan nilai gred purata (CGPA) 3.6 (kelas kedua atas) meninggal dunia pada 17 Julai lalu akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Menurut Rustamin, beliau bersyukur dengan ketentuan Ilahi dan berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.

''Walaupun menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu, Alhamdulillah, arwah (Safawati) masih mampu mempamerkan keputusan cemerlang.

''Usaha dan kecekalannya menuntut ilmu diharap menjadi contoh kepada lapan lagi adiknya,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Hadir sama, ibu Safawati, Mailah dan adik lelakinya, Ahmad Maksum, 23, dan Mujahid, 21.

Dengan keputusan itu serta penglibatan aktifnya dalam bidang kokurikulum, Safawati turut dinobatkan Anugerah Pelajar Terbaik dalam bidang Teknologi Maklumat oleh Jabatan Pengurusan Perniagaan UIAM.

Rustamin menerima ijazah bagi pihak Safawati yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Rabu, 21 Oktober 2009

Pertemuan tidak di rancang.

Pada 14 hari bulan yang lepas saya telah ke rumah Wilayah Persekutuan yang terletak di haiyu sabie' bersama kawan bertujuan untuk bertemu dengan adik kepada kawan saya yang kebetulan baru sampai ke Mesir mengikuti rombongan pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur.

Selama hampir tiga tahun berteduh di bumi mesir pertama kali saya berkesempatan untuk bertemu & bersua muka dengan penulis serta penterjemah kitab yang saya kagumi iaitu Ust.kairul Nizam bin Mat Husain. Em.. sempat berkenalan dengan beliau yang sememang nya peramah & senang untuk di dekati.. :)




Bersama saudara Hafiz "Noh"




Bersama Ust.kairul Nizam bin Mat Husain

Isnin, 19 Oktober 2009

SAMBUTAN MAHASIAWA/WI BARU SABAH DI MESIR

Ahlan wasahlan buat Mahasiswa/wi baru yang tiba di bumi mesir ardil kinanah.
saban tahun mesir akan di banjiri oleh pelajar2 baru yang datang dari pelusuk dunia untuk menimba, mendalami & mengaut sebanyak mana ilmu yang bertebaran di bumi anbia' lubuk ilmu ini.

Sabah yang sememangnya sangat dahagakan pendakwah2 agama juga tidak ketinggalan untuk menghantar sebilangan kecil pelajar2 nya bagi memberi mereka peluang untuk menimba ilmu di bumi mesir ini tidak lain adalah untuk di curahkan kepada masyarakat di sabah khasnya & d malaysia am nya kelak.

Bagi kami Bakan Sabah, tahun ini merupakan antara penghantaran pelajar2 yang terbanyak berbanding tahun2 sebelum nya, walaupun jumlah lebih kurang 70 orang sahaja berbanding bakan2 negeri lain yang kemungkinan besar menjangkau 100 lebih pelajar. berapa banyak bilangan nya sebenarnya tidak menjadi masalah yang penting mereka mempunyai
semangat, kekuatan & keyakinan utk menghadapi segala rintangan yang akan mereka tempuhi di hadapan mereka nanti.

Terima kasih buat ajkt BKPSM terutama biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP)
& ajk2 nya yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas menyambut kehadiran pelajar2
dari awal sehingga habis program sambutan mahasiswa sabah (SMS). Sesunguhnya tanpa semangat dan kekuatan yang Tuhan berikan pada mereka mungkin tugas yang mereka jalankan tanpa menerima habuan dari mana2 pihak, program ini tidak akan berjaya sepenuhnya.



Pegawai rumah sabah di Kaherah bersama mahasiswa/wi baru.



Para mahasiswa membuat persembahan di malam penutup sambutan mahasiswa/wi sabah (SMS).



Em... nampak penat je smua :)



Suka & Duka



Antara Mahasiswi baru yang menyertai sambutan mahasiswa/wi sabah (SMS).