Selasa, 5 Januari 2010

Salam Imtihan Buat Semua Mahasiswa/wi Al-Azhar

Selamat tahun baru masihi 2010 buat pembaca2 & pelayar blog's, semoga tahun 2009 menjadi pengajaran & panduan untuk kita lebih matang memikirkan kehidupan yang lebih mencabar di hadapan kita, coretan kali ini di tujukan buat semua sahabat2 pelayar blog's khasnya mahasiswa/wi di bumi Anbia' yang akan menghadapi ujian peperiksaan pasal 1 pada pertengahan bulan ini. semoga kalian sentiasa bersemangat untuk mengulangkaji pelajaran sebelum tiba nya exam nanti insyAllah...

Buat mahasiswa/wi Sabah yang baru tiba 2 bulan yang lepas & telah pun najah dalam Imtihan Qabul yang di buat oleh Universiti Al-azhar sendiri, Tahniah untuk kalian semua, Jadikan najah kalian dalam imtihan qabul itu sebagai satu semangat untuk najah tahun 1 pula kan.

Buat mahasiswa sabah yang telah bertukar kuliah dari kaherah ke Tanta selamat menjalankan kehidupan di dalam suasana kampung semoga terus bersemangat walaupun banyak halangan & dugaan yang kalian tempuhi semasa berpindah ke tanta tetapi percaya lah bahawa segala kesusahan yang datang itu akan beroleh kesenangan insyAllah.... teruskan mentalaah kitab2 kuliah & berdoa selalu agar segala urusan di mudahkan oleh NYA...

Buat semua sahabat2 di Mesir selamat menghadapi exam pasal 1 semua & selamat tahun baru masihi 2010, semoga tahun ini lebih bermakna & lebih baik lagi berbanding tahun2 yang lepas insyAllah... Wassalam...