Selasa, 30 Disember 2008

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 kepada semua pelayar-pelayar blog, penulis-penulis blog, sahabat serta sahabiah yang di segani sekalian..
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.

Khamis, 25 Disember 2008

WANITA BERPAKAIAN tapi BERTELANJANG....

FITNAH AKHIR ZAMAN

Dedah aurat menempah dosa dan laknat Allah! Wanita di zaman ini telah ramai meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi telanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja (fanatik) pakaian artis yang terang-terang bertentangan dengan hukum islam, mereka suka berpakaian yang ketat, singkat dan nipis, mendedahkan rambut, dada dan pusat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah, hilang malu dan harga diri. Dan tidak takut lagi kepada dosa dan azab (laknat) Allah!

Pemerintah, mufti-mufti, alim ulamak, para khatib, ustaz-ustazah, pendakwah, para suami, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Akhirnya berlakulah zina, maksiat-maksiat dan buang anak (bayi) dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia hari ini, akibat daripada penyakit mendedahkan aurat dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas-batas agama dan undang-undang, maka akan tibalah waktu-waktu bala kemurkaan daripada Allah!

OLEH ITU MARILAH KITA SEGERA TAUBAT DAN KEMBALI KEPADA HUKUM-HUKUM ALLAH SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DI DALAM JASAD. WAHAI MEREKA-MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, SESUNGGUHNYA KAMU SEKALIAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH PADA HARI AKHIRAT DAN KAMU SEKALIAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN TERLEPAS DARIPADA AZAB ALLAH YANG AMAT BERAT!
Firman Allah;
" Allah yang mencintakan kamu kepada iman, dan Allah yang menghias iman itu dalam hati kamu, dan Allah membencikan kamu kepada kufur (kekafiran) dan perlanggaran (kefasikan) dan maksiat dosa. Merekalah orang yang dapat petunjuk, itu semua kurniaan dari Allah dan nikmat, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.” (Al-Hujaraat: 8 )

Rabu, 24 Disember 2008

Haram Ucap Merry Christmas bagi orang islam



Penting!!!

Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

Ahad, 21 Disember 2008

Tazkirah..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahimbin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempa tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahubertaubat dan melakukan amal soleh'.

" Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah? "Baiklah, apa syarat yang kelima?"Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api nerakadi hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Di mana-mana ada maksiat..
Ia ibarat angin..
membawa ke sana ke sini

WASSALAM...

Isnin, 15 Disember 2008

Suasana Di Pagi Raya Haji ( Korban )

Allahu akbar !! bermulanya pagi Hari Raya Haji (Korban) dengan mengerjakan solat sunat Aidil Adha di perkarangan Madrasah belakang kedai roti (Sofa & Marwah) bersama dengan masyarakat arab di sekitarnya .



Kelihatan Beberapa ekor Koruff (kambing Biri-Biri) sedang menanti giliran untuk di korbankan @ di sembelih, juga kelihatan tuan koruff membelai buat kali terakhir sebelum di tumbangkan :)


Binatang sembelihan selepas di sembelih....



Operasi membuang kulit beramai-ramai, Ini jugak merupakan pendedahan & pengelaman bagi pelajar-pelajar bagaimana hendak mengerjakan @ menyelesaikan masalah penyembelihan serta melapah & sebagainya trhadap binatang sembelihan.


Gotong-Royong melapah seekor kambing, kelihatan jugak kawan-kawan sedang memerhati bagaimana caranya untuk melapah & menguruskan seekor sembelihan... :)




Sabtu, 6 Disember 2008

Hari Raya Aidiladha

(Gambar Hiasan)
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.