Jumaat, 28 Ogos 2009

Menyertai program Ekspo Gempak PMRAM (EGP)


Alhamdulillah... setelah lama menyepi tanpa sebarang tulisan dalam blog, kini saya kembali dengan tulisan-tulisan dan infomasi-infomasi terkini .

Sempena musim cuti pengajian di mesir ini bnyk program-program telah berjalan terutama pada bakan-bakan negeri yang berada di mesir ini, antara bnyak-banyak program tertarik untuk saya berkongsi satu pengalaman menyetai program yang telah di jalankan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Banyak acara telah dibuat dalam program "EGP" Expo Gempak PMRAM ini, antaranya sukan indoor yang berbentuk ilmiah dan juga sukan yang di jalankn di atas padang, Bakan Sabah secara tidak langsung juga ada menghantar wakil untuk menyertai beberapa acara seperti sepak takraw, bola tampar dan ping pong. tetapi kurang bernasib baik bila acara-acara tersebut tidak mendapat sebarang nombor kecuali ping pong tempat ketiga.

Untuk pengalaman persendirian pula saya telah menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran secara bertarannum. Alhamdulillah rezki berpihak pada saya bila mana naib johan menjadi milik saya sekaligus menangkis anggapan masyarakat yang menggangap mahasiswa sabah di mesir ini ketandusan bakat seperti ini, kedengaran juga suara-suara peserta dan orang ramai memuji serta mengagumi mahasiswa sabah.

Sekadar untuk menimba pengalaman dan belajar berhadapan dengan masyarakat. Sebenarnya kemenangan atau kekalahan yang kita kecapi mengajar kita untuk lebih berusaha bagi memajukan diri kita serta kemenangan islam itu sendiri.....

p/s : Lagu BKPSM versi studio ?

Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak Kini Kembali.




BERMULANYA RAMADHAN AL-MUBARAK PADA HARI INI BERMAKNA BERMULALAH AZAM BARU KITA AGAR UNTUK KITA LEBIH KUAT MENGERJAKAN IBADAH KEPADA ALLAH SWT.

SEMOGA DIDALAM BULAN PUASA INI KITA MENJADI LEBIH AKTIF MELAKUKAN IBADAT DAN BUKAN MENJADI MALAS UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DAN JANGAN LAH KITA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA PUASA KITA DENGAN MENGUMPAT,MENGHINA,MEMPERSENDA DAN PERKATAAN YANG SEUMPAMANYA .

SEMOGA KEHADIRAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI MEMBERI CAHAYA YANG TERANG BUAT UMAT ISLAM SELURUHNYA...