Ahad, 25 Januari 2009

Solat Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 ptg ( MALAYSIA ).



Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :


"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :

“Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”
Sumber:http//tranungkite.net

Ahad, 18 Januari 2009

"Syahid nya Seorang Pejuang"


Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Setengah Abad Berjuang dan Berkorban


50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.
Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).

Seorang Guru yang Soleh


As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.

Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.
sumber : COMES
penterjemah : osman

Selasa, 13 Januari 2009

"Kemenangan akan berpihak kepada kami"


Selasa ,13/01/2009 - Ismail Haniyyeh, ketua kerajaan yang sah di Gaza telah menyatakan bahawa kemenangan akan menjadi realiti bagi orang-orang Palestin keatas ancaman Zionis di Gaza. Merujuk kepada apa yang terjadi ke atas penduduk Palestin yang dihujani serangan berlarutan dari musuh.

Tentang hal pelan peperangan oleh pimpinan di Gaza pada waktu peperangan ini meletus, Haniyyeh mengulas pada siaran langsung malam Isnin lalu(12/1/2009) bersamaan hari yang ke 17 sembelihan yang dilakukan oleh Zionis. Mereka sedang berhadapan dengan serangan terburuk Zionis ini dengan dua cara. Iaitu dengan pelan politik dan pelan Perang defen-offensif konsisten dan terancang.

Haniyyeh dipetik sebagai berkata ” Pelan politik diplomasi sedang diusahakan” dan dia menambah, “Kita menggunakan dan bermuamalah dengan positif dalam segala inisiatif untuk memberhentikan musuh yang menyerang penduduk kita”
penterjemah : ibnu_nashr

-->

Isnin, 5 Januari 2009

"Wajib menyokong penduduk Palestin"


Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.
"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.
Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.
penterjemah : gunx

Sabtu, 3 Januari 2009

" Palestin bermandikan darah,Sebahagian rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru dengan berMAKSIAT "

Cuba rakan-rakan bayangkan. Rakyat Gaza ‘dikebulurkan’ tanpa makanan. Bantuan perubatan juga disekat. Hidup sedia ada sudah cukup tersiksa didera Yahudi. Saban hari yang dilalui hanyalah kisah-kisah sedih dan duka. Keperitan hidup tidak terungkap. Namun ketabahan rakyat Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza menjalani kehidupan sedemikian cukup mengagumkan.
Di saat keperitan itu, tentera Yahudi menambah kesengsaraan itu dengan pengeboman yang dahsyat dalam beberapa hari ini. Ia dilancarkan ketika umat Islam kembali dari menunaikan haji. Serangan dibuat tanpa mengenal Zulhijjah atau Muharram, anak kecil atau wanita. Gaza mesti dimusnahkan.

Ketika rakyat Palestin sedang bermandi darah, sebahagian rakyat Malaysia berpesta sakan meraikan kedatangan tahun baru Masehi. Menyanyi, menari, minum (arak?), berseronok seakan-akan dunia ini mereka yang punya. Mereka tidak mengenal erti persaudaraan Islam, tidak mengenal erti rasa prihatin dan cakna. Bagi mereka ini, dalam kepala mereka ialah-seronok, seronok, seronok!

Palestin yang bermandi darah hanya seperti sebuah filem box-office yang bukannya ‘real’, atau apa yang berlaku mungkin di planet antah berantah, tidak ada kaitan langsung dengan mereka, atau gambar Palestin berdarah itu hanya ilusi dan imaginasi seorang pelukis di atas sebuah kanvas.

Ya..kerasnya hati mereka. Pejalnya hati mereka. Hitamnya hati mereka.
Tidak terdetik langsung dalam hati rasa kasihan belas?
Tidak terasa langsung dalam hati mereka kesengsaraan saudara se-Islam mereka?
Tidak mengalir langsung airmata mereka melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan?

Jari ini hanyalah mampu menekan butang-butang keyboard. Atau hanya mampu menadah tangan ke hadrat Ilahi Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar kenapa ia berlaku.

‘Ya Allah! Engkau bantulah umat Islam Palestin itu! Ya Allah! Engkau tolonglah Hamas memerangi tentera Yahudi yang jahat itu! Ya Allah! Engkau menangkanlah mereka mengatasi musuh mereka dan musuh kami!’ .
Wassalam..

Selasa, 30 Disember 2008

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 kepada semua pelayar-pelayar blog, penulis-penulis blog, sahabat serta sahabiah yang di segani sekalian..
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.

Khamis, 25 Disember 2008

WANITA BERPAKAIAN tapi BERTELANJANG....

FITNAH AKHIR ZAMAN

Dedah aurat menempah dosa dan laknat Allah! Wanita di zaman ini telah ramai meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tetapi telanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka memuja (fanatik) pakaian artis yang terang-terang bertentangan dengan hukum islam, mereka suka berpakaian yang ketat, singkat dan nipis, mendedahkan rambut, dada dan pusat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah, hilang malu dan harga diri. Dan tidak takut lagi kepada dosa dan azab (laknat) Allah!

Pemerintah, mufti-mufti, alim ulamak, para khatib, ustaz-ustazah, pendakwah, para suami, ibu bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Akhirnya berlakulah zina, maksiat-maksiat dan buang anak (bayi) dengan bermaharajalela di dalam kehidupan manusia hari ini, akibat daripada penyakit mendedahkan aurat dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas-batas agama dan undang-undang, maka akan tibalah waktu-waktu bala kemurkaan daripada Allah!

OLEH ITU MARILAH KITA SEGERA TAUBAT DAN KEMBALI KEPADA HUKUM-HUKUM ALLAH SEMENTARA NYAWA MASIH ADA DI DALAM JASAD. WAHAI MEREKA-MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, SESUNGGUHNYA KAMU SEKALIAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH PADA HARI AKHIRAT DAN KAMU SEKALIAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN TERLEPAS DARIPADA AZAB ALLAH YANG AMAT BERAT!
Firman Allah;
" Allah yang mencintakan kamu kepada iman, dan Allah yang menghias iman itu dalam hati kamu, dan Allah membencikan kamu kepada kufur (kekafiran) dan perlanggaran (kefasikan) dan maksiat dosa. Merekalah orang yang dapat petunjuk, itu semua kurniaan dari Allah dan nikmat, dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.” (Al-Hujaraat: 8 )