Rabu, 23 Disember 2009

Pertemuan yang tidak di jangka


Bersama Anip (Feelhoney)



Penulis bersama pelajar2 UM kl yang tengah berkrusus di Mesir


Assalamualaikum.. buat semua pelayar blog, semoga sihat2 dan sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t disamping tugasan sebagai hamba nya yang sentiasa membuat kesalahan padanya, semoga kita sentiasa berdoa agar di jauhkan daripada membuat dosa2 besar.

em... lama juga tidak ku update blog ku ini he2, bukan apa masa yang tidak begitu memberi peluang untuk ku update blog ni, tambahan pula dengan program2 persatuan & masa untuk exam pun dah hampir so faham2 ja' la kan, tapi berita yang nak di kongsi kan ni memang best rugi kalu tak di kongsi he2... berita biasa2 ja' pun tapi memang berita gembira la kan.

Betul la kata orang dunia ni kecil ja' walau kita ke mana di pelusuk dunia ni pun tetap akan berjumpa dengan kawan2 lama @ kenalan2 lama kan... hah cerita ni la yang nak di kongsikan dengan pelayar2 blog semua he2... baru2 ni Biro BDAT (biro dakwah & Tarbiah) BAKAN Sabah di Mesir ni telah menjalan kan satu program ceramah sempena menyambut tahun baru islam (MUHARAM) pada malam tersebut ajk2 biro ni telah menjemput pelajar2 sabah daripada Universiti Malaya yang datang berkrusus bahasa arab di bumi anbia' ini untuk menyertai & sama2 memeriahkan majlis pada malam tersebut, apa yang tidak di jangka ialah rupanya pelajar2 lelaki seramai 5 orang tu semuanya kenalan ku semasa belajar di Kelantan dahulu, betul kan dunia ni kecil sahaja he2... Seronok & gembira dapat bertemu dengan kawan2 yang sudah lama tidak bertemu kan banyak,macam2 cerita & berita yang boleh di kongsikan..

Apa sebenarnya yang nak di sampaikan daripada cerita ku diatas ialah ukhuwah fillah & persahabatan adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian, kehidupan kita tidak sempurna tanpa masyarakat sekeliling btul? semoga bertemu di post akan datang :) .
wassalam...

1 ulasan:

Ustaz Abu Miftah berkata...

Tahniah pada semua sahabat2 yg berjaya meneruskan pengajian ke bumi anbiya'... Org sebelah kanan tuan blog tu sepupu saya (Mohd Azmal - Kursus BA Univ. Malaya)