Ahad, 7 Mac 2010

Rehlah Alexandria

Assalamualaikum... semua buat pengunjung2 blog di mn saja kalian berada, lama sangat tidak meng-update blog ni rindu rasanya :) yalah cuti baru ni sibuk @ saja2 buat sibuk dengan program2 yang di buat di sekitar kaherah ni kn... dengan sukan nya, Bazar nya, rehlah nya & mcm2 lagi kn. Tapi bukan itu yang nak di bicarakan...

Ini dia lagi satu program, rehlah yang akan di atur susun kan @ di jalankan oleh biro kecil dalam persatuan Badan Kebajukan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) iaitu Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah (DEMMAS) yang akan di laksanakan pada tarikh & masa yang tertera dalam iklan di atas... untuk maklumat lanjut sila layari www.demmaskini.blogspot.com ... sampai jumpa lagi di lain coretan ya :) wassalam...

Rabu, 3 Februari 2010

Carta Organisasi Badan Kebajikan Penuntut Sabah MESIR ( BKPSM ) sesi 2009/2010

Carta Organisasi Badan Kebajikan Penuntut Sabah MESIR ( BKPSM ) sesi 2009/2010

Isnin, 1 Februari 2010

Selamat Kembali Ke Tanah Air Buat Ustaz Saharan Kamin

Ust Saharan (tiga dri kiri)

dari kanan: penulis,Ust Saharan, Ust suhaidi, Ust Zikrul, Ust Hafiz & Ust Amer

31 hari bulan yang lepas sahabat saya Ustaz Saharan Bin Kamin Kuliah Usuluddin Syibin el-kom Universiti Al-Azhar, telah kembali ke tanah air setelah selesai pengajian nya di bumi anbia' selama hampir 3 tahun. Sedikit komentar buat Ustaz Saharan, Beliau berasal dari Ranau Sabah, Berbangsa Dusun pernah bersekolah di Sekolah Ugama Islam Sabah(SUIS) Tambunan, kemudian menyambung pengajianya ke Kelantan seterusnya ke Universiti Al-Azhar selama hampir 3 tahun.

Semoga sekambalinya ke sabah dapat mencurahkan segala ilmu yang di pelajari buat anak2, masyarakat, penduduk sabah yang sememangnya sangat dahagakan cahaya islam... wassalam

Selasa, 5 Januari 2010

Salam Imtihan Buat Semua Mahasiswa/wi Al-Azhar

Selamat tahun baru masihi 2010 buat pembaca2 & pelayar blog's, semoga tahun 2009 menjadi pengajaran & panduan untuk kita lebih matang memikirkan kehidupan yang lebih mencabar di hadapan kita, coretan kali ini di tujukan buat semua sahabat2 pelayar blog's khasnya mahasiswa/wi di bumi Anbia' yang akan menghadapi ujian peperiksaan pasal 1 pada pertengahan bulan ini. semoga kalian sentiasa bersemangat untuk mengulangkaji pelajaran sebelum tiba nya exam nanti insyAllah...

Buat mahasiswa/wi Sabah yang baru tiba 2 bulan yang lepas & telah pun najah dalam Imtihan Qabul yang di buat oleh Universiti Al-azhar sendiri, Tahniah untuk kalian semua, Jadikan najah kalian dalam imtihan qabul itu sebagai satu semangat untuk najah tahun 1 pula kan.

Buat mahasiswa sabah yang telah bertukar kuliah dari kaherah ke Tanta selamat menjalankan kehidupan di dalam suasana kampung semoga terus bersemangat walaupun banyak halangan & dugaan yang kalian tempuhi semasa berpindah ke tanta tetapi percaya lah bahawa segala kesusahan yang datang itu akan beroleh kesenangan insyAllah.... teruskan mentalaah kitab2 kuliah & berdoa selalu agar segala urusan di mudahkan oleh NYA...

Buat semua sahabat2 di Mesir selamat menghadapi exam pasal 1 semua & selamat tahun baru masihi 2010, semoga tahun ini lebih bermakna & lebih baik lagi berbanding tahun2 yang lepas insyAllah... Wassalam...

Ahad, 27 Disember 2009

Hari Asyura (عاشوراء )

Hari Asyura (عاشوراء ) adalah hari ke-10 pada bulan Muharram dalam kalender Islam. Sedangkan asyura sendiri berarti kesepuluh.

Hari ini menjadi terkenal kerana bagi kalangan Syi'ah dan sebahagian Sufi merupakan hari berkabungnya atas kesyahidan Husain bin Ali, cucu dari Nabi Islam Muhammad pada Pertempuran Karbala tahun 61 H (680). Akan tetapi, Sunni meyakini bahwa Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut untuk mengekspresikan kegembiraan kepada Tuhan kerana kaum Yahudi sudah terbebas dari Fira'un (Exodus). Menurut tradisi Sunni, Muhammad berpuasa pada hari tersebut dan meminta orang-orang pula untuk berpuasa.


Peristiwa Syahidnya Husain bin Ali

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu.

Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.


Jumaat, 25 Disember 2009

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bela Anwar.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi


- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009

Dari The Malaysian Insider

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, dikatakan mahu membawa isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum lagi dijalankan ke peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noorin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata jaminan itu diberikan oleh Dr. Yusuf kelmarin ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar, keluarga dan peguam-peguamnya di ibu negara.

“Dalam berbual itu, isu persoalan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia menjadi topik perbincangan, Sheikh Yusuf menyatakan kekesalannya kerana isu pendakwaan qazaf berkaitan Datuk Seri Anwar tidak dijalankan lagi.

“Lalu kami menjelaskan kepada beliau tentang dwisistem yang kita amalkan. Tetapi malang kerana Ketua Pendakwa Syarie Kuala Lumpur memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sedangkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Sedangkan persoalan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti si penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kata Sheikh Yusuf, persaksian si penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana ia termasuk golongan fasiq,” katanya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, Ketua Pendakwa Syarie perlu menyedari keperluan tersebut dan wajib menegakkan hukum Islam, bukan sekadar menjadi “tukang na’am” kepada pihak tertentu.

“Saya dapat melihat kekesalan yang amat sangat di wajah Sheikh Yusuf, agaknya dia mula kesal menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepadanya?

“Dan, paling mengejutkan saya bila Sheikh Yusuf menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Malah beliau berjanji akan membawa isu ini ke peringkat ulama antarabangsa, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi majlis ulama sedunia,” katanya.

Zulkifli berkata Dr. Yusuf juga menyarankan beliau supaya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan dan fatwa mereka.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Rabu, 23 Disember 2009

Pertemuan yang tidak di jangka


Bersama Anip (Feelhoney)



Penulis bersama pelajar2 UM kl yang tengah berkrusus di Mesir


Assalamualaikum.. buat semua pelayar blog, semoga sihat2 dan sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t disamping tugasan sebagai hamba nya yang sentiasa membuat kesalahan padanya, semoga kita sentiasa berdoa agar di jauhkan daripada membuat dosa2 besar.

em... lama juga tidak ku update blog ku ini he2, bukan apa masa yang tidak begitu memberi peluang untuk ku update blog ni, tambahan pula dengan program2 persatuan & masa untuk exam pun dah hampir so faham2 ja' la kan, tapi berita yang nak di kongsi kan ni memang best rugi kalu tak di kongsi he2... berita biasa2 ja' pun tapi memang berita gembira la kan.

Betul la kata orang dunia ni kecil ja' walau kita ke mana di pelusuk dunia ni pun tetap akan berjumpa dengan kawan2 lama @ kenalan2 lama kan... hah cerita ni la yang nak di kongsikan dengan pelayar2 blog semua he2... baru2 ni Biro BDAT (biro dakwah & Tarbiah) BAKAN Sabah di Mesir ni telah menjalan kan satu program ceramah sempena menyambut tahun baru islam (MUHARAM) pada malam tersebut ajk2 biro ni telah menjemput pelajar2 sabah daripada Universiti Malaya yang datang berkrusus bahasa arab di bumi anbia' ini untuk menyertai & sama2 memeriahkan majlis pada malam tersebut, apa yang tidak di jangka ialah rupanya pelajar2 lelaki seramai 5 orang tu semuanya kenalan ku semasa belajar di Kelantan dahulu, betul kan dunia ni kecil sahaja he2... Seronok & gembira dapat bertemu dengan kawan2 yang sudah lama tidak bertemu kan banyak,macam2 cerita & berita yang boleh di kongsikan..

Apa sebenarnya yang nak di sampaikan daripada cerita ku diatas ialah ukhuwah fillah & persahabatan adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian, kehidupan kita tidak sempurna tanpa masyarakat sekeliling btul? semoga bertemu di post akan datang :) .
wassalam...