Khamis, 5 Mei 2011

Khasiat Susu Kambing.


SUSU UNTUK KEHIDUPAN

MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Sejarah Susu Kambing

NABI ADAM

Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.


NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.


NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.


Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).


Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam

Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.


Alahan Laktosa

Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah.
Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.


Susu Kambing Bersifat Alkali

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.


Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.


Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.


Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).


Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga dikaji mampu menagatasi penyakit barah.


KEBAIKAN SUSU KAMBING:-

• Susu terbaik selepas susu ibu
• Tidak menyebabkan alahan
• Membantu sistem imunisasi tubuh
• Bersifat alkali
• Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
• Membantu sistem penghadaman
• Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
• Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
• Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
1.Protein 2.1 kali ganda
2.Kalsium 2.2 kali ganda
3.Zat Besi 2.0 kali ganda
4.Potasium 2.1 kali ganda
5.Vitamin A 3.8 kali ganda
6.Garam Galian 2.0 kali ganda
7.Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
• Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
• Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
• Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
• Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik


Kebaikan Susu Kambing Dari Sudut Agama Dan Saintifik

Dari sudut Agama

Meminum susu kambing ini adalah amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW,Diriwayatkan Nabi suka minum susu kambing.Sewaktu Nabi ISRA' MIKRAJ' kelangit, Nabi memilih susu kambing sebagai minuman.Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi keenderaan kita diSyurga nanti.Jadi jika anda beritizam dan beristiqomah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW,disamping itu tentu tinggi khasiatnya

Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggal2kan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari "Abu Ubaidah bin Atoq"Rasulallah SAW bersabda bermaksuk"Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggal2kan orang".Olih itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

Dari sudut saintifik

Susu kambing ini adalah susu terbaik selepas susu ibu,susu lain juga baik untuk minuman cuma susu kambing ini terbaik selepas susu ibu,susu kambing ianya bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing.syampu susu kambing,mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.

Kalau anda membuka website antarabangsa(international)berhubung kelebihan susu kambing..hampir 100% mengatakan bahawa susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu,ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan,malah lemaknya sama dgn susu ibu,protinnya sama dgn susu ibu,kandungan airnya sama dgn susu ibu....anda boleh melihat sendiri fakta2 tersebut didalam internet.Kebanyakan Vitamin yang ada dalam susu kambing tiada disusu lain kecuali susu ibu yang terbaik.

Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti:

Gastrik,Migrain,Lelah,Sengugut,Darah Tinggi,Masaalah penyakit kulit,Ulcer,Hepatitis A,Sakit kuning,Radang sendi,lemah tulang,Pemulihan selepas pembedahan,memulih tenaga batin,membantu pembentukan tulang,otot dan gigi dan berbagai lagi (Insha Allah) jika kita yakin dan tawakal.

Susu kambing kaya dengan Protin,Enzim,mineral,Vitamin2 dan berbagai lagi,faktor inilah yang diperlukan dalam kita merawat dan mencegah penyakit(Insha Allah)

Sabtu, 27 Mac 2010

Chelsea tak boleh kalah


PEREBUTAN kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin panas apabila Chelsea merapatkan kedudukan mereka dengan pendahulu, Manchester United apabila hanya ketinggalan satu mata selepas membelasah Portsmouth 5-0, kelmarin.

Kejayaan itu juga membuatkan semangat Chelsea untuk merampas gelaran bertambah membuak sehinggakan bos Chelsea, Carlo Ancelotti memberitahu pemainnya supaya menganggap semua baki perlawanan seperti final.


Skuad Blues akan merangkul dua kejuaraan, EPL dan Piala FA, andai memenangi semua baki perlawanan, tapi segalanya turut bergantung kepada pertemuan penting menentang United di Old Trafford, 3 April depan.


Chelsea juga akan menentang Aston Villa pada separuh akhir Piala FA, seminggu kemudian.


Namun, mereka berpeluang menguji sejauh mana kekuatan Villa apabila menentang pasukan bimbingan Martin O'Neill itu pada perlawanan liga di Stamford Bridge, esok. Perlawanan itu juga penting untuk memastikan Chelsea tidak ketinggalan jauh daripada United dalam aspek mata.


"Kami berada dalam tempoh penting EPL dan Piala FA dan akan bermain mungkin lapan atau sembilan perlawanan sehingga tamat musim. Justeru, kami perlu mengekalkan rentak dan semangat yang ditunjukkan pemain ketika menundukkan Portsmouth.


"Kami perlu bersiap sedia dan menghadapi baki semua perlawanan ibarat final.


"Laluan kami pastinya tidak mudah, tapi yang penting kekal bersaing merebut kejuaraan EPL," kata Ancelotti.


Villa pula terikat 1-1 dengan Sunderland di Villa Park, kelmarin, sekali gus menjejaskan peluang mereka dalam perebutan tempat keempat.


Penyerang Villa, John Carew menjaringkan gol ke-14 buatnya musim ini bagi memadam kelebihan jaringan penggempur Sunderland, Fraizer Campbell.


Kekalahan Manchester City kepada Everton melegakan anak buah O'Neill tapi mereka kini ketinggalan empat mata di belakang Tottenham Hotspur.


Di sebalik turut gagal memungut mata penuh apabila seri 2-2 dengan Wolverhampton Wanderers hujung minggu lalu, O'Neill berpendapat, peluang menduduki tangga keempat yang menjanjikan tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah masih terbuka.


"Kami gagal mendapatkan jaringan kedua ketika menentang Sunderland dan kegagalan itu amat mengecewakan kami. Namun, keputusan perlawanan City membuatkan kami masih berpeluang.
"Tottenham pasti gembira kerana kami dan City gagal mengutip mata penuh, tapi kami menghadapi jadual perlawanan yang sukar selepas ini. Persaingan merebut tempat keempat pasti sengit sehingga penghujung musim," katanya.


Villa kini mengumpul 51 mata menduduki tangga ketujuh, jauh di belakang Chelsea yang memungut 68 mata.

Ahad, 21 Mac 2010

Pengantin Cipta Sejarah "Selamat Pengantin Baru Buat Mohd Zahid Abu Bakar"

CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.

LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.

“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.

Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.

“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.

“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.

Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.

“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

Laporan & foto : MOHD IDRIS SULAIMAN
am@hmetro.com.my
2010/03/20












Bulan-bulan Islam & Amalan sunat nya


BULAN MUHARRAM

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.

Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya

BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

REJAB

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya


BULAN SYAWAL

Amalan sunat di bulan Syawal :

Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :


a)Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri

b)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik

c)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya

d)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid

e)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

f)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

g)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut.

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."


BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :


a)Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

b)Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha

c)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

d)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

e)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

Selasa, 9 Mac 2010

Futsal Piala Presiden 2010.

Awal bulan mac baru2 ini telah berlangsung sukan tahunan yang di anjurkan oleh satu persatuan malaysia di egypt ini iaitu sukan bola sepak yang setiap tahun di adakan, Tetapi atas sebab2 tertentu yang tidak dapat di elak kan bola sepak yang di namakan Piala Presiden itu tidak dapat di laksanakan, untuk tidak menghampakan pasukan2 yang telah lama berlatih untuk kejohanan ini pihak penganjur telah pun menukar kejohanan piala presiden kepada Futsal Piala Presiden 2010.

Walaupun mungkin ramai yang mungkin kecewa dengan pembatalan piala presiden tetapi sambutan Futsal yang di jalankan juga tidak kurang hebat nya, ramai pasukan yang mengahantar pasukan masing2 untuk menyertai Futsal tersebut. tidak ketinggalan Bakan Sabah juga telah menghantar wakil untuk menyertai futsal ini.

Sedikit komen tentang perjalanan pasukan sabah fc yang telah di hantar untuk mewakili sabah pada kejohanan kali ini, dengan semangat yang kental menyarung jersi baru, sabah turun dengan penuh semangat untuk menjadi antara pasukan yang terbaik dalam Group sabah bersama dengan pasukan Johor,p.pinang,Kemboja & dumyat. di awal saingan sabah fc telah bermula dengan baik seri kepada tiga pasukan kemudian menang kepada johor. tetapi sayang sekali mata yang di kutip tidak mencukupi untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir. walau bagaimanapun semangat yang padu ditunjukkan oleh pasukan sabah fc tetap gah ! tanpa kalah . mungkin rezeki tidak menyebelahi pasukan sabah fc insyAllah tahun hadapan boleh cuba lagi dengan penuh persiapan insyAllah....

Pasukan Sabah fc


santai2 menunggu perlawanan


Antara penyokong2 yang hadir menyaksikan pasukan masing2


Hasad dengki sifat orang munafik.


Ummah wajib bersyukur, lapang dada atas nikmat yang dianugerahkan

ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.

Ujian ini bagaikan api yang membersih dan memisahkan emas daripada campurannya. Dengan berbuat demikian, maka dapatlah dilihat mana yang benar-benar beriman dan tidak. Alangkah ruginya jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu.

Akibat daripada perbezaan, sering timbul sifat buruk seseorang terhadap orang lain. Permusuhan awal bermula antara Adam dan iblis. Iblis melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana hasadnya terhadap Adam.

Iblis berasakan Allah tidak adil dalam perintah itu. Menurut iblis, dirinya lebih baik dan lebih layak daripada Adam untuk mendapat kemuliaan, malahan diminta sujud padanya. Iblis berkata seperti mana firman Allah yang bermaksud:

“Aku lebih baik darinya, Engkau ciptakan aku daripada api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” – (Surah al-A’raf, ayat 12)

Permusuhan makhluk Allah yang kedua pula berlaku antara orang kafir terhadap kaum mukminin, sehingga mereka mengerahkan segala kekuatan dan daya upaya untuk menjauhkan kaum mukmin daripada keimanan.

Ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud:

“Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.

Contoh hasad ialah apabila tetangga kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri dan dengki kepadanya, berusaha untuk merosakkannya.

Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.

Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya :

- Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)

- Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

- Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. Seakan-akan ia ingin berperanan aktif dalam penentuan takdir Allah dengan merasakan bahawa ia lebih layak mendapatkan nikmat itu daripada orang lain.

- Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.

Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain.

- Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

- Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun. Allah sudah memberikan nikmat pada orang lain dan tidak akan terhalang oleh orang yang hasad walaupun ia berusaha, ia tidak akan mungkin mengubah takdir Allah.

- Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya.

- Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

- Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita.

Menyedari hakikat bahayanya perasaan hasad ini, maka sudah pasti kita harus berusaha menghindari dan menjauhkan diri dari sifat yang satu ini. Antara langkah mengatasi perasaan hasad ialah belajar dan memahami aqidah Islam sebenar.

Memahami konsep takdir menurut syariat Islam, sehingga faham bahawa segala kenikmatan dan rezeki tidak lepas daripada ketentuan takdir Allah serta meyakini kenikmatan diberikan kepada setiap orang sesuai dengan hikmah yang diinginkan-Nya.

Memandangkan dunia dengan segala perhiasannya sebagai sesuatu yang akan punah dengan cepat dan tidak seberapa dibanding akhirat. Demikian juga tujuan akhir kehidupan adalah akhirat yang kekal abadi.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)

Mengingat keutamaan zuhud dan lapang dada terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang lain serta kewajipan bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan, semua ini akan menimbulkan sifat menerima dan kaya hati.

Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

INTI PATI
Kesan buruk hasad dengki
:

  • Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka.
  • Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
  • Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah.
  • Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
  • Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
  • Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering.
  • Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.
  • Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
  • Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
  • Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.

Oleh Hashim Ahmad

Ahad, 7 Mac 2010

Rehlah Alexandria

Assalamualaikum... semua buat pengunjung2 blog di mn saja kalian berada, lama sangat tidak meng-update blog ni rindu rasanya :) yalah cuti baru ni sibuk @ saja2 buat sibuk dengan program2 yang di buat di sekitar kaherah ni kn... dengan sukan nya, Bazar nya, rehlah nya & mcm2 lagi kn. Tapi bukan itu yang nak di bicarakan...

Ini dia lagi satu program, rehlah yang akan di atur susun kan @ di jalankan oleh biro kecil dalam persatuan Badan Kebajukan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) iaitu Delegasi Muhafazah Mahasiswa/wi Sabah (DEMMAS) yang akan di laksanakan pada tarikh & masa yang tertera dalam iklan di atas... untuk maklumat lanjut sila layari www.demmaskini.blogspot.com ... sampai jumpa lagi di lain coretan ya :) wassalam...