Selasa, 27 Oktober 2009

Safawati diharap jadi contoh lapan adiknya


GOMBAK 11 Okt. - Konvokesyen adalah antara hari paling istimewa buat ibu bapa dan ia biasanya disambut dalam suasana penuh ceria.

Namun bagi pasangan Rustamin Amak Jamilah, 54, dan Mailah Sarum, 42, dari Ranau, Sabah, hari konvokesyen anak sulung mereka, Safawati, 24, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilalui dengan linangan air mata.

Safawati yang memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan nilai gred purata (CGPA) 3.6 (kelas kedua atas) meninggal dunia pada 17 Julai lalu akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Menurut Rustamin, beliau bersyukur dengan ketentuan Ilahi dan berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.

''Walaupun menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu, Alhamdulillah, arwah (Safawati) masih mampu mempamerkan keputusan cemerlang.

''Usaha dan kecekalannya menuntut ilmu diharap menjadi contoh kepada lapan lagi adiknya,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Hadir sama, ibu Safawati, Mailah dan adik lelakinya, Ahmad Maksum, 23, dan Mujahid, 21.

Dengan keputusan itu serta penglibatan aktifnya dalam bidang kokurikulum, Safawati turut dinobatkan Anugerah Pelajar Terbaik dalam bidang Teknologi Maklumat oleh Jabatan Pengurusan Perniagaan UIAM.

Rustamin menerima ijazah bagi pihak Safawati yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Rabu, 21 Oktober 2009

Pertemuan tidak di rancang.

Pada 14 hari bulan yang lepas saya telah ke rumah Wilayah Persekutuan yang terletak di haiyu sabie' bersama kawan bertujuan untuk bertemu dengan adik kepada kawan saya yang kebetulan baru sampai ke Mesir mengikuti rombongan pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur.

Selama hampir tiga tahun berteduh di bumi mesir pertama kali saya berkesempatan untuk bertemu & bersua muka dengan penulis serta penterjemah kitab yang saya kagumi iaitu Ust.kairul Nizam bin Mat Husain. Em.. sempat berkenalan dengan beliau yang sememang nya peramah & senang untuk di dekati.. :)




Bersama saudara Hafiz "Noh"




Bersama Ust.kairul Nizam bin Mat Husain

Isnin, 19 Oktober 2009

SAMBUTAN MAHASIAWA/WI BARU SABAH DI MESIR

Ahlan wasahlan buat Mahasiswa/wi baru yang tiba di bumi mesir ardil kinanah.
saban tahun mesir akan di banjiri oleh pelajar2 baru yang datang dari pelusuk dunia untuk menimba, mendalami & mengaut sebanyak mana ilmu yang bertebaran di bumi anbia' lubuk ilmu ini.

Sabah yang sememangnya sangat dahagakan pendakwah2 agama juga tidak ketinggalan untuk menghantar sebilangan kecil pelajar2 nya bagi memberi mereka peluang untuk menimba ilmu di bumi mesir ini tidak lain adalah untuk di curahkan kepada masyarakat di sabah khasnya & d malaysia am nya kelak.

Bagi kami Bakan Sabah, tahun ini merupakan antara penghantaran pelajar2 yang terbanyak berbanding tahun2 sebelum nya, walaupun jumlah lebih kurang 70 orang sahaja berbanding bakan2 negeri lain yang kemungkinan besar menjangkau 100 lebih pelajar. berapa banyak bilangan nya sebenarnya tidak menjadi masalah yang penting mereka mempunyai
semangat, kekuatan & keyakinan utk menghadapi segala rintangan yang akan mereka tempuhi di hadapan mereka nanti.

Terima kasih buat ajkt BKPSM terutama biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP)
& ajk2 nya yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas menyambut kehadiran pelajar2
dari awal sehingga habis program sambutan mahasiswa sabah (SMS). Sesunguhnya tanpa semangat dan kekuatan yang Tuhan berikan pada mereka mungkin tugas yang mereka jalankan tanpa menerima habuan dari mana2 pihak, program ini tidak akan berjaya sepenuhnya.



Pegawai rumah sabah di Kaherah bersama mahasiswa/wi baru.



Para mahasiswa membuat persembahan di malam penutup sambutan mahasiswa/wi sabah (SMS).



Em... nampak penat je smua :)



Suka & Duka



Antara Mahasiswi baru yang menyertai sambutan mahasiswa/wi sabah (SMS).

Isnin, 21 September 2009

Beraya Di Perantauan

Orang kata tak kenal maka tak cinta, belum Try belum tau, Hujan emas di Negeri orang hujan batu di negeri sendiri dan banyak lagi pepatah melayu seumpamanya. pejam celik pejam celik rupanya sudah tahun kedua diri ini beraya bersama kawan-kawan di bumi anbia' ini. Apa-apa
pun raya tetap raya kan he2...



Kenangan bergambar dengan Syaikh/Dr yang mengimamkn solat Aidil Fitri pagi raya




Sebahagian daripada pelajar-pelajar sabah bergambar untuk kenangan raya 2009




Kumpulan jubah putih bergambar selepas solat Aidil Fitri :)




Pelajar-pelajar Sabah bersama prof. Dr.Jamil Hasyim




Berhari raya di Arma penempatan pelajar-pelajar Malaysia kaherah


Sabtu, 5 September 2009

Berbuka di Maidah Rahman


Sebahagian daripada kawan-kawan yang datang untuk berbuka di maidah rahman



Antara menu yang selalu di sajikan buat tetamu-tetamu yang hadir untuk berbuka puasa.






Abang along, helmi & sahruzzaman "sabar yer makanan dah depan mata kn hehe"

Jumaat, 28 Ogos 2009

Menyertai program Ekspo Gempak PMRAM (EGP)


Alhamdulillah... setelah lama menyepi tanpa sebarang tulisan dalam blog, kini saya kembali dengan tulisan-tulisan dan infomasi-infomasi terkini .

Sempena musim cuti pengajian di mesir ini bnyk program-program telah berjalan terutama pada bakan-bakan negeri yang berada di mesir ini, antara bnyak-banyak program tertarik untuk saya berkongsi satu pengalaman menyetai program yang telah di jalankan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Banyak acara telah dibuat dalam program "EGP" Expo Gempak PMRAM ini, antaranya sukan indoor yang berbentuk ilmiah dan juga sukan yang di jalankn di atas padang, Bakan Sabah secara tidak langsung juga ada menghantar wakil untuk menyertai beberapa acara seperti sepak takraw, bola tampar dan ping pong. tetapi kurang bernasib baik bila acara-acara tersebut tidak mendapat sebarang nombor kecuali ping pong tempat ketiga.

Untuk pengalaman persendirian pula saya telah menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran secara bertarannum. Alhamdulillah rezki berpihak pada saya bila mana naib johan menjadi milik saya sekaligus menangkis anggapan masyarakat yang menggangap mahasiswa sabah di mesir ini ketandusan bakat seperti ini, kedengaran juga suara-suara peserta dan orang ramai memuji serta mengagumi mahasiswa sabah.

Sekadar untuk menimba pengalaman dan belajar berhadapan dengan masyarakat. Sebenarnya kemenangan atau kekalahan yang kita kecapi mengajar kita untuk lebih berusaha bagi memajukan diri kita serta kemenangan islam itu sendiri.....

p/s : Lagu BKPSM versi studio ?

Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak Kini Kembali.




BERMULANYA RAMADHAN AL-MUBARAK PADA HARI INI BERMAKNA BERMULALAH AZAM BARU KITA AGAR UNTUK KITA LEBIH KUAT MENGERJAKAN IBADAH KEPADA ALLAH SWT.

SEMOGA DIDALAM BULAN PUASA INI KITA MENJADI LEBIH AKTIF MELAKUKAN IBADAT DAN BUKAN MENJADI MALAS UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DAN JANGAN LAH KITA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA PUASA KITA DENGAN MENGUMPAT,MENGHINA,MEMPERSENDA DAN PERKATAAN YANG SEUMPAMANYA .

SEMOGA KEHADIRAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI MEMBERI CAHAYA YANG TERANG BUAT UMAT ISLAM SELURUHNYA...