Isnin, 19 Oktober 2009

SAMBUTAN MAHASIAWA/WI BARU SABAH DI MESIR

Ahlan wasahlan buat Mahasiswa/wi baru yang tiba di bumi mesir ardil kinanah.
saban tahun mesir akan di banjiri oleh pelajar2 baru yang datang dari pelusuk dunia untuk menimba, mendalami & mengaut sebanyak mana ilmu yang bertebaran di bumi anbia' lubuk ilmu ini.

Sabah yang sememangnya sangat dahagakan pendakwah2 agama juga tidak ketinggalan untuk menghantar sebilangan kecil pelajar2 nya bagi memberi mereka peluang untuk menimba ilmu di bumi mesir ini tidak lain adalah untuk di curahkan kepada masyarakat di sabah khasnya & d malaysia am nya kelak.

Bagi kami Bakan Sabah, tahun ini merupakan antara penghantaran pelajar2 yang terbanyak berbanding tahun2 sebelum nya, walaupun jumlah lebih kurang 70 orang sahaja berbanding bakan2 negeri lain yang kemungkinan besar menjangkau 100 lebih pelajar. berapa banyak bilangan nya sebenarnya tidak menjadi masalah yang penting mereka mempunyai
semangat, kekuatan & keyakinan utk menghadapi segala rintangan yang akan mereka tempuhi di hadapan mereka nanti.

Terima kasih buat ajkt BKPSM terutama biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (BAHEP)
& ajk2 nya yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas menyambut kehadiran pelajar2
dari awal sehingga habis program sambutan mahasiswa sabah (SMS). Sesunguhnya tanpa semangat dan kekuatan yang Tuhan berikan pada mereka mungkin tugas yang mereka jalankan tanpa menerima habuan dari mana2 pihak, program ini tidak akan berjaya sepenuhnya.



Pegawai rumah sabah di Kaherah bersama mahasiswa/wi baru.



Para mahasiswa membuat persembahan di malam penutup sambutan mahasiswa/wi sabah (SMS).



Em... nampak penat je smua :)



Suka & Duka



Antara Mahasiswi baru yang menyertai sambutan mahasiswa/wi sabah (SMS).

Tiada ulasan: